Pengikut Blog

Tuesday 6 November 2012

Hari ini

Hari ni Cik Linus nak cerita keluar tajuk daripada blog...
rasa-rasanya cam nak cerita kisah kanak-kanak jer... jom tonton...



Hikayat ni, zaman masa cik linus kecil-kecil dahulu...time ni cik linus masih lagi isap susu...he...he..he..seronokkan cerita ni...
sekarang ni telah diubahsuai kepada cerita Pada Zaman Dahulu...tapi lebih kurang ler...
Mari kita bandingkan yang manakah lagi besttttt...
Ha...dah tonton....mari kita bandingkan....boleh ke?

Banyak lagi sebenarnya hikayat-hikayat yang cik linus suka....tapi...rasanya cukup ler setakat ini....
cau...cin...cau...

Monday 5 November 2012

Karnival Ko kurikulum

Salam semua.....hari ni cik linus nak ajak korang semua layan beberapa gamabar yang menunjukkan kemeriahan Karnival Kokurikulm yang berlangsung di sekolah cik linus....

Bukankah 'bermain itu juga suatu proses belajar'...oklah layan beberapa gambar yang ditangkap oleh jurukamera cun sekolah kami iaitu cikguluv....(kembang mak jemah tu tau) dengan kamera Yuna nya...
selamat mencuci mata ok.




























Cara masukkan markah LINUS

Hallloooo...Hari ni Cik Linus nak tuliskan bagaimana caranya kita nak isikan markah LINUS.....He...he...he...
Senang jer caranya...cuma kalau first time...susah sikit....tapi kalau dah biasa buat ... hemmmm...celah gigi jer....

First time wat kerja nie...
1. Baca Bismilah....



2. Tarik nafas 3 kali....


3. He...he..he ...sekarang...jommm!!! kita buka laman web Linus nie...
     Laman web LINUS

4. Kemudian lepas buka...kita akan jumpa
                                                              masukkan password dan ID...


4.Tick ler satu per satu....
                                                 
                                 Macam ni ler rupanya...klik pada gambar pensel...kemudian tick ler satu
                                                               per  satu...seorang demi seorang....

5. Dah siappp...hemmmm....

Moral:   Aktiviti ni sebenarnya bertujuan untuk melakukan senaman jari...supaya
             jari-jemari  akan kelihatan  lebih runcing....

Friday 2 November 2012

Jom!!! tengok aktiviti LINUS

Banyak juga ler aktiviti yang dijalankan untuk memulihkan murid-murid LINUS ni...memang murid-murid c-york ler join aktiviti ni....
KEM KECEMERLANGAN LINUS


LINUS
LI stand for LITERASI (kebolehan membaca dan menulis)

   




NUS stand for NUMERASI (kebolehan menguasai operasi matematik)


   

.
.
  aktiviti NUMERASI melibatkan TAMBAH dan TOLAK wang sehingga RM100

cara-cara aktiviti tersebut dijalankan :

1.    Sediakan stesyen untuk aktiviti

   


2.    Antara alatan yang perlu ada ialah :
~ rak kedai runcit (konon2 je)
~ gelung rotan
~ CONTOH duit kertas dan duit syiling

~ getah gelung (untuk melastik)
~  pensel dan papan nota
~ mesin kira (saja kasi suke2)
~dan yang akhir.....souvinier utk murid-murid (cikguluv belikan smiley eraser

dan lollipop)




                                                          


3.  Aktiviti dimulakan dengan murid akan melompat melalui gelung rotan dan

melastik barangan yang terdapat di rak kedai runcit itu . Mereka akan lastik 2 kali

 dan menambah jumlahnya


Nak tahu tak...murid-murid ni tak pakai pandai melastik......sabo je la..
    


4. Mereka perlu menambah dan menulis di atas papan nota

                                            
                                        

5. Sekiranya betul jawapan yang diberi, mereka akan menekan punat merah di mesin kira (cashier) untuk redeem hadiah.             

6. Seterusnya aktiviti menolak pula....akan bersambung di edisi akan datang....byeeeeeeeeeee......

credit info untuk ----->blog cikguluv

Monday 29 October 2012

LINUS Numerasi






 

1.0     DEFINISI  NUMERASI 

Numerasi didefinisikan sebagai kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian. 


2.0     MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti program LINUS. 


3.0     OBJEKTIF
Objektif Program Numerasi adalah memastikan murid berupaya:
i.               menyebut, menulis, membilang, menyusun, menentukan nilai digit dan tempat bagi nombor hingga 1000
ii.             menguasai fakta asas tambah
iii.            menguasai fakta asas tolak
iv.          menguasai fakta asas darab
v.            menguasai fakta asas bahagi
vi.          mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik yang mudah dalam wang, menyatakan masa dan waktu serta bentuk tiga dimensi dan bentuk dua dimensi.



Kandungan Kemahiran Numerasi Tahun 1

1.         Nombor Bulat Hingga 10       
2.         Nombor Bulat Hingga 20
3.         Tambah Dalam Lingkungan 10
4.         Tambah Dalam Lingkungan 18
5.         Tolak Dalam Lingkungan 10
6.         Tolak Dalam Lingkungan 18
7.         Wang Hingga RM10
8.         Pengenalan Masa Dan Waktu        
9.         Bentuk Tiga Dimensi (Bentuk 3D)      
10.    Bentuk Dua Dimensi (Bentuk 2D)     


Hasil Pembelajaran Tahun 1

Pada akhir Tahun 1 murid berupaya:
1.            Menyatakan nombor, 0 hingga 20.
2.            Mengenal pasti angka, 0 hingga 20.
3.            Membilang objek dalam kumpulan, 1 hingga 20.
4.            Menulis angka, 0 hingga 20.
5.            Membaca nombor dalam perkataan, 'sifar' hingga 'dua puluh'.
6.            Menulis nombor dalam perkataan, 'sifar' hingga 'dua puluh'.
7.            Menyebut nombor 0 dan 10.
8.            Mengenal pasti angka '0' dan '10' dalam membilang.
9.            Menulis angka '0' dan '10'.
10.       Menyusun nombor, 0 hingga 20:
a)       membilang satu-satu secara tertib menaik.
b)       membilang satu-satu secara tertib menurun.
c)       membilang daripada sebarang nombor secara tertib menaik.
d)       membilang daripada sebarang nombor secara tertib menurun.
11.       Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang.
12.       Menentukan lebih satu atau kurang satu daripada suatu nombor.
13.       Menyatakan nilai setiap digit dalam satu nombor.
14.       Menyatakan jumlah bagi dua nombor.
15.       Menulis ayat matematik bagi operasi tambah.
16.       Menyatakan pasangan nombor yang menghasilkan jawapan yang sama.
17.       Menyatakan secara spontan jumlah dua nombor.
18.       Menyatakan secara spontan fakta asas tambah.
19.       Menyelesaikan masalah harian yang mudah.
20.       Mencari beza antara dua nombor.
21.       Menulis ayat matematik bagi operasi tolak.
22.       Menyatakan secara spontan fakta asas tolak.
23.       Menyatakan pasangan nombor yang mungkin, di mana apabila ditolak memberi baki yang sama.
24.       Menyatakan secara spontan beza antara dua nombor.
25.       Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk duit syiling dan wang kertas.
26.       Mewakilkan nilai wang bagi ‘RM’ dan 'sen'.
27.       Menukarkan:
a)    duit syiling sehingga RM1.
b)    wang kertas sehingga RM10.
28.       Menambah dan menolak:
a)    duit syiling sehingga RM1.
b)    wang kertas sehingga RM10.
29.       Menyelesaikan masalah harian yang mudah berkaitan wang.
30.       Menyatakan bahagian-bahagian dalam sehari dengan betul.
31.       Menyebut aktiviti mengikut bahagian-bahagian hari.
32.       Menamakan hari dalam seminggu mengikut urutan.
33.       Menamakan bulan dalam setahun mengikut urutan.
34.       Menyatakan waktu dalam jam pada muka jam.
35.       Mengenal dan menamakan bentuk tiga dimensi.
36.       Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk tiga dimensi.
37.       Mengkelaskan bentuk tiga dimensi.
38.       Membina model.
39.       Mengenal dan menamakan bentuk dua dimensi.
40.       Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk dua dimensi.
41.       Mengkelaskan bentuk dua dimensi.
42.       Menghasilkan rekaan dengan bentuk dua dimensi.

PENDEKATAN NUMERASI
Antara pendekatan yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru LINUS numerasi adalah seperti berikut: 
a.        Pendekatan numerasi secara pembelajaran masteri: Pastikan bahawa murid mempunyai pengetahuan asas yang kukuh sebelum memperkenalkan kemahiran yang baru. Murid yang belum dapat menguasai sesuatu kemahiran perlu diajar semula, khusus untuk memperbetulkan ketidakfahaman mereka. Walau bagaimanapun, pengajaran semula ini harus menggunakan strategi yang berbeza dari pengajaran sebelumnya.

b.        Pendekatan ansur maju (berperingkat): Perkenalkan konsep matematik bermula daripada perkara yang senang kepada yang susah, daripada yang konkrit kepada abstrak, dan daripada kontekstual kepada konstruktif.

c.        Pendekatan didik hibur: Perlu diingat murid yang mengikuti program ini adalah murid yang perlukan perhatian yang lebih khusus. Bagi membolehkan mereka berminat dalam pembelajaran, aktiviti yang disampaikan perlu menggunakan pendekatan yang menarik, melalui cara penyampaian yang paling berkesan. Konsep didik hibur melalui nyanyian, permainan dan penggunaan bahan manipulatif yang menarik disarankan untuk diaplikasi dalam pengajaran.

d.       Pendekatan penggabung jalinan kemahiran: Guru perlu menggabungjalinkan suatu kemahiran dengan kemahiran yang lain mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, dalam tajuk ’Wang Hingga RM10’ kemahiran menambah dan menolak harus diaplikasi.