Pengikut Blog

Monday 29 October 2012

Mari menyelami LINUS


PENGENALAN

National Key Result Areas (NKRA’s) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah rendah.

Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi dan numerasi. Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang untuk mengatasi masalah tersebut melalui program Literasi dan Numerasi (LINUS). 






No comments:

Post a Comment